Norbibah Ismail, 62, me­ng­hembuskan nafas ter­akhir semasa mendapatkan ra­watan di Hospital Tampin dekat sini.

Menurut Hussaini, ibunya mula mengadu kurang sihat dan sakit dada kira-kira pukul 12 tengah malam sebelum dibawa ke hospital tersebut.

“Sebelum itu arwah tidak menun­jukkan sebarang ma­salah, namun kami reda dengan pemergiannya,” katanya ketika ditemui selepas pengebumian di Tanah Perkuburan Padang Lekuk, Kota di sini hari ini.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota, Datuk Dr. Awaludin Said dan Penolong Pe­ngarang Utusan Malaysia, Zulkiflee Bakar.

Terdahulu, jenazah arwah dimandi dan dikafankan di Hospital Tampin sebelum dibawa ke rumahnya di Rumah Rakyat Kota di sini untuk disembah­yangkan kira-kira pukul 12.45 tengah hari.

Allahyarham meninggalkan suami, Amran Amin, 76, dan tiga anak lelaki.