Menurut Perdana Menteri, beliau serta seluruh warga Malaysia juga berbangga dengan kompleks Ibu Pejabat SPRM itu menjadi kompleks antirasuah yang terbesar di dunia.


“Bila dapat dibendung rasuah, Insya-Allah Malaysia yang tercinta akan menjadi negara yang lebih maju, disanjung dan berada di saf hadapan sebagaimana visi TN50 (Transformasi Nasional 2050),” katanya ketika berucap bagi menyempurnakan kompleks baharu Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.


Majlis berkenaan turut bersempena ulang tahun ke-50 penubuhan SPRM yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegahan Rasuah (BPR).


Hadir sama, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S. A. Vigneswaran.


Dalam majlis berkenaan, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM5 juta kepada Yayasan Prihatin SPRM yang berperanan menjaga kebajikan kakitangan SPRM. - UTUSAN ONLINE