Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, kanak-kanak itu ditemukan oleh orang ramai kira-kira pukul 2 petang di Jalan Puchong Pertama, Puchong.

“Kanak-kanak yang ditemukan sedang menangis telah dibawa oleh orang ramai di Balai Polis Bukit Puchong sementara menunggu maklumat mengenai ibu bapanya.

“Kepada ibu bapa yang kehilangan anak diminta menghubungi Asisten Superintenden Che Shamsuddin di talian 0192856137,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE