Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Shahrudin Budin berkata, pelajar yang selesai menduduki kertas pertama peperiksaan itu pada setiap hari akan dihidangkan dengan makanan dan minuman yang sesuai.

Katanya, program itu dianjurkan oleh Sarana PIBG sekolah berkenaan dan telah diadakan sejak tiga tahun lalu.

“Ibu bapa menjadi kumpulan sokongan kepada semua pelajar dengan menghidangkan makanan dan minuman selepas selesai kertas pertama kira-kira pukul 10.15 pagi. Selain mengisi perut, ia dapat mengurangkan tekanan mereka dalam menghadapi peperiksaan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, sesi tersebut dianjurkan setiap hari mulai hari ini hingga tamat SPM pada 6 Disember ini.

Jelasnya, pihaknya menghargai komitmen semua pihak yang menjayakan usaha itu sama ada dalam bentuk sumbangan kewangan, tenaga dan masa.

SGS ditubuhkan pada 2014 dengan mengambil alih prasarana Kolej Tunku Kurshiah (TKC) yang berpindah ke lokasi baharu di Bandar Enstek, Nilai dekat sini. - UTUSAN ONLINE