Pasangan Mohd. Sufi Naeif Mohd. Fauzi dan Farrah Madihah Othman tiba kira-kira pukul 10.30 pagi tadi dan disambut oleh ahli keluarga dan rakan-rakan mereka.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarkat, Hannah Yekh turut tiba kira-kira 15 minit kemudian selepas pasangan itu tiba.

Semalam, satu laporan polis dibuat bapa bayi berkenaan setelah mendakwa anaknya diculik seorang lelaki dari rumah pengasuhnya di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves dekat sini malam tadi.

Siasatan polis kemudian menemukan mayat bayi lelaki berusia lima bulan itu dalam peti ais rumah pengasuhnya.

Mayat Adam Rayqal ditemukan dengan keadaan lengkap berpakaian dan berbalut kain napkin serta dimasukkan ke dalam beg berwarna hijau di bahagian sejuk beku peti ais dua pintu di rumah berkenaan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, polis sudah menahan pengasuh berusia 33 tahun dab rakan serumahnya yang berusia 36 tahun di rumah sewa mereka, semalam.

Menurutnya, permohonan reman terhadap kedua-dua suspek dibuat di Mahkamah Selayang pagi ini bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.  - UTUSAN ONLINE