Naib Presidennya, Datuk Ruhanie Ahmad berkata, walau bagaimanapun Ahli Dewan Tertinggi Perkasa telah mengadakan mesyuarat tergempar malam tadi dan menolak peletakan jawatan tersebut.

"Mesyuarat tergempar Ahli Dewan Tertinggi Perkasa malam tadi sepakat untuk menolak peletakan jawatan tersebut.

"Kami memberi peluang untuk Presiden Perkasa bertenang dan berehat sedikit bagi memikirkan semula rayuan kami supaya beliau kembali memimpin Perkasa. Bagi kami Perkasa itu sendiri sudah sinonim dengan Ibrahim sejak 10 tahun lalu," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat Perkasa, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Sirajuddin Salleh dan Setiausaha Agung, Datuk Syed Hassan Syed Ali.

Sementara itu, jelas Ruhanie, mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi malam tadi juga bersetuju untuk melantik beliau memangku jawatan Presiden Perkasa berkuat kuasa serta-merta. - UTUSAN ONLINE