Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, tidak kira parti politik mana sekalipun bebas untuk memohon IBR sempena pilihan raya.

"IBR ini adalah sukarela. Kalau rasa mahu buat IBR untuk menunjukkan diri mereka sememangnya bebas rasuah, kami sentiada alu-alukan permohonan itu," jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas majlis tandatangan IBR bersama Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di FAMA Point, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE