Program TS25 merupakan se­bahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan ke arah mening­katkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

Penolong Pengurus Pendidikan (Pemasaran) Utusan Malaysia, Fauzi Hamdan memberitahu, edisi pertama akan berada di pasaran mulai 15 Januari ini.

Katanya, langganan boleh dibuat dengan menggunakan borang tempahan di www.tutor.com.my/langganan, atau daftar terus secara atas talian melalui laman web yang sama.

“Untuk memudahkan langganan, boleh isi borang dan hantar WhatsApp kepada kami,’’ katanya di sini hari ini.

Menurut Fauzi, penghantaran akan dibuat secara pos untuk langganan individu.

“Penghantaran terus ke sekolah tertakluk kepada lokasi sekolah,’’ ujarnya.

Katanya, jumlah minimum tempahan sebanyak 25 naskhah.

Melalui mekanisme tempahan yang sama, sekolah juga boleh melanggan satu lagi akhbar terbitan Kumpulan Utusan, iaitu Tutor Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sarat soalan Kemahiran berfikir Aras Tinggi (KBAT), topikal, formatif, sumatif serta set lengkap peperiksaan untuk kegunaan guru merancang kelas masing-masing.

Harga senaskhah untuk Utusan Pelajar RM1 di Semenanjung dan RM1.50 di Sabah dan Sarawak manakala harga Tutor ialah 60 sen di Semenanjung dan RM1 di Sabah dan Sarawak.

Utusan Pelajar, baru-baru ini diiktiraf oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin sebagai memenuhi aspirasi me­rangkai titik-titik (Connecting the Dots) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) gelombang kedua, serta cukup rumus Pendidikan Abad Ke-21 (PAK-21) itu bagi membangunkan kemenjadian murid .

Beliau mahu guru-guru meng­aplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan ke­pimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pemudahca­raan (PdPc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam PPPM.

“Saya juga mengiktiraf Utusan Pelajar menepati konsep Connecting the Dots dan menepati semua elemen PAK-21,’’ katanya sambil bersetuju untuk menyokong inisiatif Kumpulan Utusan selepas ini yang mempunyai kalendar yang sarat untuk menjenamakan aktiviti PAK-21.