Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Utusan Malaysia janji laporan terbaik haji

KUALA LUMPUR 17 Julai – Utusan Malaysia menjanjikan laporan terbaik dan terkini menerusi akhbar edarannya mahupun portal dalam talian tentang pelaksanaan ibadah haji kepada seluruh rakyat di negara ini.

Ainol Amriz Ismail

Pengurus Jabatan Pengarang, Ainol Amriz Ismail yang terpilih mewakili Utusan Malaysia berkata, sejajar dengan perkembangan teknologi terkini, orang ramai pastinya menginginkan berita yang mutakhir melalui penggunaan telefon pintar.

“Ini juga cabaran buat saya dalam memberikan laporan terbaik untuk disajikan kepada khalayak pembaca. Malah, saya juga perlu menghasilkan video secara langsung menerusi Facebook Utusan Online khususnya di tempat-tempat tumpuan selain menghasilkan berita dan merakam gambar suasana ibadah haji.

“Selain itu, kami (media) juga diingatkan oleh pengurusan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) bahawa cuaca dijangka lebih panas pada tahun ini serta perlu banyak bersabar berikutan jumlah jemaah haji yang bertambah dari seluruh dunia susulan kuota terbuka yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi,” katanya.

Beliau ditemui sebelum Majlis Pelepasan Petugas Haji bagi penerbangan awal kumpulan kedua di sini, hari ini.

Seramai 139 petugas haji termasuk pasukan perubatan, kebajikan dan media berlepas ke Tanah Suci, Mekah hari ini bagi membuat persiapan sebelum menyambut ketibaan kumpulan pertama jemaah haji dari Malaysia pada 24 Julai ini.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain