Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Utusan Malaysia jadi wadah rakyat

ARAU 8 Ogos – Akhbar Utusan Malaysia telah menjadi wadah rakyat dalam menyampaikan penghargaan dan kasih sayang mereka kepada keluarga kerabat Diraja Perlis apabila menerbitkan sisipan khas sempena Keputeraan Raja Perlis Ke-74, baru-baru ini.

Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Profesor Datuk Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, malah akhbar itu menjadi tulang belakang dalam merealisasikan penerbitan berkenaan setiap tahun sejak sekian lama.

Katanya, sisipan Hari Keputeraan yang diterbitkan begitu bererti apabila semua pihak tampil bersatu menzahirkan apresiasi kepada Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

“Ini menunjukkan semua pihak memahami dengan meletakkan keutamaan menjulang kedudukan Tuanku Raja Perlis walau apa juga keadaan dihadapi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Apresiasi Sisipan Akhbar Khas Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-74, Tuanku Raja Perlis 2017 di Kampus Pauh Putra dekat sini, hari ini.

Berkenan berangkat ke majlis itu ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Yang turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Ahmad Zamri Khairuddin dan Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Hassan Mohd. Noor serta wakil-wakil penaja antaranya Shorubber (M) Sdn. Bhd., Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Global E-Technic Sdn. Bhd. dan Cement Industries of Malaysia Berhad (CIMA).

Dalam pada itu, Zul Azhar memberitahu, Unimap yang telah banyak membuka peluang penganjuran program bersifat kemasyarakatan telah melaksanakan lebih 20 projek di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sejak awal tahun ini.

Katanya, antaranya adalah bengkel Lego Mindstorm, Perlis Makers Day 2017 yang mengetengahkan idea inovasi pelajar sekolah dan pertandingan robot kebangsaan peringkat negeri.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain