Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tutor lonjak prestasi SMK Bandar IOI

LANGGAN TUTOR UTUSANKETUA Pemasaran Utusan Melayu Wilayah Selatan,
LANGGAN TUTOR UTUSANKETUA Pemasaran Utusan Melayu Wilayah Selatan, Mohd. Asri Jantan (empat dari kanan) menyerahkan replika langganan Tutor kepada Guru Penolong Kanan (GPK) SMK Bandar IOI, Ridzuan Badri (tengah) di sekolah itu di Segamat, Johor, semalam. - UTUSAN/MOHAMED SAARI

SEGAMAT 12 April – Penggunaan akhbar pendidikan Tutor sebagai bahan bantu mengajar oleh guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar IOI, di sini sejak setahun lalu terbukti mampu melonjakkan prestasi pelajar.

Guru Cemerlang Bahasa Me­layu sekolah berkenaan, S. Lect­chumy mengakui pengisian akhbar pendidikan tersebut menepati format terkini dan telah meyakinkan SMK Bandar IOI untuk me­langgan sebanyak 12,400 naskhah lagi bagi tempoh setahun.

“Berdasarkan pengalaman sebelum ini, akhbar pendidikan Tutor dilihat mampu membantu pelajar dengan pengisian bahan-bahan yang menepati format terkini selain soalan-soalan yang disediakan juga mampu mengasah daya fikir mereka.

“Menerusi pembelajaran menggunakan Tutor sebagai bahan bantu mengajar, saya dapati pelajar mudah memahami dan memperkayakan kosa kata serta penguasaan tatabahasa dengan cepat, sekali gus membolehkan mereka menjawab soalan de­ngan mudah,” katanya selepas majlis Penyampaian Replika Langganan Tutor Tahun 2017 di SMK Bandar IOI, hari ini.

Yang turut hadir pada majlis tersebut, Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran, Ridzuan Badri; GPK Hal Ehwal Pelajar, Mohd. Aris Mohd. Dol; Ketua Pemasaran Utusan Melayu Wilayah Selatan, Mohd. Asri Jantan dan Pegawai Pemasaran Utusan Melayu Wilayah Selatan, Mohd. Shahrul Azhar Yaakub.

Lectchumy turut memberitahu, pencapaian pelajar sekolah tersebut dalam subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu juga meningkat mendadak hasil penggunaan Tutor sebagai bahan bantu mengajar.

Sementara itu, seorang pelajar tingkatan lima, Nur Azlin Samad, 17, mengakui kandungan serta skop soalan yang lebih luas dan terkini dimuatkan dalam Tutor menjadikannya lebih seronok untuk belajar menggunakan akhbar pendidikan tersebut berbanding soalan di dalam buku teks yang disifatkan agak ketinggalan.

“Tutor banyak bantu saya dan rakan-rakan menguasai subjek yang dianggap susah dan kurang diminati sebelum ini dan berharap mendapat mencapai kejayaan cemerlang dalam SPM hujung tahun ini,” katanya.

Brian Lee Kar Onn, 15, pelajar tingkatan tiga pula memberitahu, latihan yang terdapat dalam Tutor juga berjaya membantunya memperoleh keputusan yang lebih baik dalam beberapa subjek teras seperti Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

“Apa yang menarik bagi saya, soalan yang terdapat dalam Tutor merupakan soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang memerlukan pelajar berfikir bukannya menghafal.

“Saya yakin mampu memperoleh keputusan cemerlang dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) nanti dengan bantuan Tutor yang menyediakan soalan latihan yang sesuai dengan silibus di sekolah,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain