Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Redha raih tiga anugerah di Kazan

Tunku Mona Riza
Tunku Mona Riza

KUALA LUMPUR 12 Sept. – Filem Redha terus mencipta sejarah apabila memenangi tiga anugerah di Festival Filem Islam Antarabangsa Kazan yang berlangsung di Kazan, Rusia, semalam.

Menerusi laman Facebook, pengarah filem tersebut, Tunku Mona Riza berkata, filem arahannya itu memenangi dua anugerah khas iaitu Anugerah Khas Pilihan Presiden Republik Tatarstan Untuk Kemanusiaan Dalam Sinematografi yang dianugerahkan oleh Naib Presiden Tatarstan dan Anugerah Khas daripada Pengkritik Filem Rusia.

Redha turut menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik untuk filem panjang yang dimenangi oleh tiga pelakon filem berkenaan iaitu Nam Ron, Harith Haziq dan Izzy Zulkhazreef.

Sebelum ini filem itu meraih anugerah Anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonan Jun Lojong dan Anugerah Khas Juri pada Festival Filem Filipina 2016.

Filem itu turut disenaraikan bagi Anugerah Merit sempena Los Angeles Awareness Film Festival (LAAAFF) 2016 yang akan berlangsung pada 6 hingga 16 Oktober ini.

Redha yang memaparkan kehidupan pasangan suami isteri yang bergelut untuk membesarkan anak mereka yang menghidap autism.

Dalam usaha seorang ibu membantu suaminya untuk menerima ketentuan itu, hubungan suami isteri berkenaan lakonan Nam Ron dan Jun turut goyah.

Redha turut dibintangi Nadiya Nissa, Remy Ishak dan Ruminah Sidek.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain