Amirul Bahri Malek
AMIRUL BAHRI MALEK

Ketua Unit Pemasarannya, Amirul Bahri Malek berkata, menerusi kad tersebut, para pelajar terbabit akan mene­rima ganjaran setiap kali mereka membawa barangan kitar semula ke sekolah.

“Setiap kali me­reka menye­rahkan bara­ngan kitar semula itu, kami akan mengkreditkan wang ke dalam kad tersebut bergantung kepada berat barangan berkenaan.

“Nilai wang yang dikreditkan itu pula boleh digunakan untuk membeli ba­rang di kantin, pasar raya mahu pun kedai buku terpilih. De­ngan cara itu kami yakin, mereka akan lebih terdorong untuk mengamalkan kitar semula,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui dalam program Hasanah Bersama Rakyat di Sekolah Kebangsaan (SK) Putat di sini baru-baru ini.

Menurutnya, sehingga kini pihaknya sudah pun menjelajah ke lebih 100 buah sekolah dengan kebanyakannya di Kedah dan Perlis untuk mengedarkan kad tersebut.

“Biasanya kami bekerjasama dengan Kelab Alam Sekitar di sekolah terlibat. Kelab tersebut akan mengumpulkan barangan-barangan kitar semula yang diserahkan pelajar dan kami akan mengambilnya dalam tempoh tertentu bergantung kepada kuantiti barangan kitar semula dise­rahkan pelajar.

“Bagi kami, para pelajar ini boleh memainkan peranan penting untuk membudayakan kitar semula dalam kala­ngan masyarakat. Tidak hanya diri mereka, malah anak-anak ini diyakini dapat mempe­ngaruhi ahli keluarga, sanak saudara dan kenalan masing-masing untuk melaksanakan kitar semula,” katanya.

Sementara itu katanya, pihaknya sedang berusaha untuk menjalinkan kerjasama dengan syarikat-syarikat te­lekomunikasi bagi membolehkan nilai wang yang ada dalam kad tersebut digunakan untuk membeli produk mereka seperti tambah nilai kad sim pra bayar.

“Apa yang ka­mi lakukan kini hanyalah fasa pertama di mana selepas ini kami turut merancang untuk membawa kaedah sama ke peringkat lebih tinggi seperti ko­lej dan institusi pengajian tinggi (IPT), syarikat serta agensi-agen­si kerajaan.

“Sehingga kini penggunaan kad tersebut lebih tertumpu kepada kawasan tertentu di Kedah, Perlis, Kuala Lumpur dan Seremban. Namun penggunaannya dijangka akan le­bih meluas selepas ini dengan Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dijangka bakal melancarkan kad tersebut pada 20 Mac depan,” katanya.

Tambahnya jika ada mana-mana pihak yang berminat untuk mendapatkan kad tersebut, mereka boleh menghubungi pejabat Kua­liti Alam Sdn. Bhd. di Se­remban, Cenviro Sdn. Bhd. di Kuala Lumpur atau mana-mana 13 unit perkhidmatan Environment Idaman Sdn. Bhd. (E-Idaman) di Kedah dan Perlis.