Syarikat penerbitan filem berkenaan, Astro Shaw berkata, filem arahan Chiu Keng Guan itu hanya akan ditayangkan semasa festival itu dan tiada sebarang pencalonan anugerah yang diberikan untuk filem tersebut.

“Selain hanya ditayangkan, festival itu juga hanya akan diwakili oleh pengarahnya tanpa ada penglibatan daripada barisan pelakon-pelakon filem itu,” kata Astro Shaw dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Filem Ola Bola yang memenangi hati dan minda rakyat Malaysia sebagai filem tempatan yang memperoleh kutipan box office melebihi RM16 juta dan kini masih ditayangkan setelah 39 hari di pawagam.

Ola Bola merupakan sebuah filem fiksyen mengenai pasukan pemain bola sepak yang terdiri daripada pelbagai budaya dalam menghadapi isu-isu peribadi dan cabaran sepasukan berjuang untuk mendapat peluang kejayaan di peringkat antarabangsa.