Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bernama selepas 50 tahun

AZMAN UJANG 2
AZMAN UJANG

KUALA LUMPUR 21 Mei – Balloons and ‘peace’ doves were released in Kuala Lumpur this morning to mark the inauguration of Bernama’s news service... bunyi perenggan permulaan berita pertama yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) pada 20 Mei, 1968 selepas Menteri Penerangan dan Penyiaran ketika itu, Senu Abdul Rahman merasmikan pelancaran perkhidmatan agensi berita itu.

Pada hari yang sama, laporan sulung Bernama itu diterbitkan di muka depan akhbar the Malay Mail yang sudah mula dijual 90 minit selepas selesai majlis itu.

Bernama ditubuhkan di bawah Akta Parlimen pada 1967 dan memulakan operasi pada 20 Mei, 1968 sebagai penyedia perkhidmatan berita elektronik yang bukan mencari keuntungan.

Semakin jauh sudah perjalanan Bernama meninggalkan liku-liku per­­mulaannya sejak memulakan operasi sekitar 50 tahun lepas di sebuah rumah banglo di Jalan Pekeli­ling (kini Jalan Tun Razak) dengan 15 tenaga pentadbiran serta wartawan.

Ketika itu, teman akrab mereka hanyalah mesin taip dan berita dihantar menerusi teleprinter.

Penubuhannya berlandaskan model Reuters dan Donal James Dallas (kakitangan Reuters) menjadi penasihat Bernama pada tahun-tahun awal permulaannya.

Hanya bermula di sebuah banglo terletak di 222, Jalan Pekeli­ling (Jalan Tun Razak) Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) kini mendiami ibu pejabatnya sendiri di Wisma Bernama, Jalan Tun Razak bermula pada 1984.

Bernama memperoleh pencapai­an membanggakan, biarpun pada awal gerakan operasinya tidak lari daripada pandangan sinikal oleh sesetengah pihak yang mempertikaikan kewibawaannya sebagai sebuah agensi kerajaan.

Di bawah Fasa Satu operasinya (1968-1969), Bernama mengehadkan liputannya kepada sekitar Kuala Lumpur dan untuk dua tahun berikutnya, di bawah fasa dua dan tiga, agensi itu mengembangkan sayapnya ke seluruh negara terma­suk Sabah dan Sarawak.

Bernama membolehkan per­kongsian berita dan banyak memberi manfaat kepada akhbar-akhbar kecil termasuk akhbar harian Sabah dan Sarawak.

Sepanjang 50 tahun kewujudannya, agensi berita ini berjaya menangkis pelbagai ujian getir termasuk perubahan yang merobah landskap media de­ngan kemunculan serta perkembangan pesat Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT).

Sejak sekian lama, Bernama masih kekal sebagai sumber beri­ta yang boleh diharap dan rele­van. Daripada sekumpulan kecil wartawan, pasukan editorialnya kini meningkat kepada lebih 200 orang.

Operasinya juga semakin berkembang kepada pangkalan berita baru iaitu portal, radio (Radio24), TV (Bernama News Channel) dan media sosial untuk memenuhi keperluan audien dan pelanggan yang menggunakannya sebagai sumber maklumat.

Kumpulan kecil wartawan yang menjadi perintis operasi agensi ini bermula daripada asas. Kebanyakannya juga boleh dikatakan baru “setahun jagung” dalam bidang kewartawanan tetapi kemudiannya menjadi wartawan yang hebat dalam dunia media.

Antara wartawan perintis Bernama ialah Musa Scully, yang menyertai agensi ini pada Mei 1968. Kini berusia 75 tahun, beliau masih kekal sebagai sebahagian daripada tenaga kerja Bernama. Beliau kini menyandang jawatan pengarah NAM News Network (NNN), portal Pergerakan Negara-negara Berke­cuali yang dikelola oleh Bernama.

Kumpulan perintis pengarang serta pemberita berjaya menangani segala dugaan dan dalam tempoh lima hingga enam tahun, Bernama muncul sebagai penggiat disegani dalam landskap media Malaysia.

Kehebatan Bernama terserlah kurang setahun selepas penubuhannya apabila berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1969.

Pejabat Bernama pada masa itu adalah sebuah banglo yang terletak berhampiran Kampung Baru yang menjadi “medan panas” ketika itu. Tidak jauh dari pejabat Bernama adalah kediaman bekas Menteri Besar Selangor Datuk Harun Idris yang telah mengge­rakkan pengikut-pengikutnya untuk membalas balik perhimpunan yang dibuat parti pembangkang.

Musa dan sembilan orang lain termasuk Chang terperangkap di pejabat hampir seminggu lamanya akibat keganasan yang tercetus.

Kedudukan Bernama yang hampir dengan Kampung Baru dan Chow Kit memberikan agensi berita itu peluang dalam menyediakan liputan berita.

“Kami mempu­nyai kad khas untuk keluar semasa perintah berkurung dan saya hantar pembe­rita Mervin Nambiar untuk pergi ke sidang akhbar yang dikendalikan oleh Patrick Keith dari RTM di Rumah Persekutuan mengenai perkembangan berkait de­ngan tragedi itu. Pemberita lain dihantar ke khemah tentera serta kawasan lain yang terjejas untuk membuat liputan mengenai perkembangan di sana.

“Banyak berita kami hasilkan yang digunakan oleh para pelanggan kami serta agensi berita antarabangsa. Kami berjaya membuktikan akan apa yang kami boleh lakukan,” katanya, dengan menambah sejak itu, pelanggan serta organisasi lain melihat Bernama sebagai saluran berita yang amat penting.

Sementara itu, Pengerusi Bernama, Datuk Seri Azman Ujang berkata, aspek nilai berita memainkan peranan penting dalam menjadikan sesuatu berita itu adalah ‘’berita’’ dan menarik untuk dibaca.

Berkongsi pengalaman, Azman yang mula menyertai Bernama pada 1971 berkata, kepetahan dan ketangkasan wartawan dalam ber­tanyakan soalan terutamanya da­lam sesi sidang media perlu sentiasa menjadi pegangan golongan itu.

“Dulu kita menggunakan mesin taip, dibawa ke mana-mana tempat tugasan seluruh dunia... berbeza sekarang, berita boleh dihantar dengan sekelip mata dan di mana-mana jua,” katanya.

Jelasnya, profesion kewartawanan memainkan tanggungjawab penting untuk memastikan berita yang dihasilkan adalah tepat kerana ia bukan sekadar dibaca kelompok tertentu tetapi juga masyarakat ke­seluruhannya.

Barisan pengurusan Bernama kini diterajui oleh Datuk Zulkefli Salleh sebagai Pengurus Besar dan Datuk Zakaria Abd Wahab sebagai Ketua Pengarang. – BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain