Portal sebenarnya.my dikatakan sebagai sebuah platform bagi masyarakat menyemak kesahihan berita yang telah diterima secara dalam talian. Namun begitu, ada juga berita yang telah tular tetapi tidak dimasukkan ke dalam portal ini. Apakah jenis-jenis berita yang dimasukkan ke dalam sebenarnya.my?

JAWAPAN: Tidak semua berita yang ditularkan akan dimuat naik ke portal sebenarnya.my. Antara berita-berita yang dimuat naik adalah berita-berita yang menyentuh isu-isu sosial, nasional, ekonomi dan negara. Ciri-ciri berita yang dimuatnaik adalah berita-berita yang melibatkan kepentingan masyarakat awam dan negara sahaja.

Bagaimanakah cara bagi masyarakat menyalurkan maklumat mengenai berita tidak ditentusahkan yang mereka terima?

JAWAPAN: Portal sebenarnya.my turut menyediakan saluran bagi masyarakat awam menyalurkan maklumat mengenai berita yang tidak ditentukan kesahihannya yang mereka terima secara dalam talian. Saluran penyaluran maklumat ini berperanan sebagai saluran setempat bagi memudahkan masyarakat, selain daripada saluran-saluran utama yang telah disediakan oleh agensi-agensi rasmi yang berkaitan.

Namun demikian, sekiranya masyarakat awam secara khusus ingin membuat aduan atau melaporkan penyalahgunaan media baharu, aduan atau laporan tersebut boleh dibuat kepada Biro Aduan MCMC untuk perhatian dan susulan lanjut.