Filem tersebut mengatasi fi­lem Haider yang dicalonkan da­lam lapan kategori dan filem PK yang hanya meraih penca­lonan dalam enam kategori manakala filem Queen and Kick, memperoleh pencalonan dalam lima ka­tegori.

Pengarah Wizcraft International Entertaiment Pvt. Ltd, Andre Timmins berkata, sebaha­gian filem berskala besar yang ber­tanding dalam anugerah pada tahun ini menunjukkan kejayaan serta bakat penggiat dalam industri perfileman di India.

“Sangat menakjubkan bagaimana industri perfileman India ber­kembang pada setiap tahun. Ma­lah, tahun ini juga merupakan ta­hun menakjubkan kepada industri perfileman India menerusi penghasilan pelbagai genre filem yang menarik,” katanya dalam ke­nyataan di sini hari ini.

Sementara itu, bagi kategori teraju pelakon lelaki utama pula akan melibatkan pencalonan na­ma-nama besar seperti Shah Rukh Khan, Aamir Khan, Hritik Roshan, Arjun Kapoor, Shahid Kapoor dan Randeep Hooda manakala calon teraju pelakon wanita utama pu­la ialah Deepika Podukone, Priyanka Chopra, Rani Mukherjee, Anushka Sharma, Kangana Ranaut dan Alia Bhatt.

Dalam pada itu, IIFA Ke-16 telah mengumumkan pemenang untuk kategori teknikal apabila filem Haider memenangi seba­nyak enam kategori antaranya rekaan kostum, sistem bunyi dan rekaan produksi.

Majlis penyampaian anugerah kepada pemenang untuk kategori tersebut dijangka berlangsung pada 5 Jun ini.