Anugerah berkenaan disampaikan oleh Canselor Unisel, Tan Sri Raja Arshad Raja Tun Uda dalam Majlis Konvokesyen Unisel Ke-12 yang diadakan di sini hari ini.

Hussamuddin, 63, mengasaskan Karangkraf 40 tahun dahulu sebaik sahaja lulus ijazah dalam bidang ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan menerbitkan buku-buku rujukan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beliau yang merupakan anak kelahiran Kelantan turut dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengurusan Perniagaan dari Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) pada 2010.

Bermula secara amat sederhana, Karangkraf kini menjadi syarikat media terunggul yang menerbitkan lebih 20 judul majalah, buku, novel dan akhbar Sinar Harian.

Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan media utama, Hussamuddin turut menggerakkan kesedaran ummah terhadap al-Quran menerusi World Quran Hour.