Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah
Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah

Beliau berkata, peraturan tersebut sudah diperkenal sejak sekian lama ketika Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar termasuk Husam sendiri yang masih berada dalam kepemimpinan kerajaan negeri pada masa itu.

Katanya, tidak ada sebab Naib Presiden PAN itu mempersoalkan peraturan tersebut memandangkan kerajaan negeri hanya memperkasakan dasar dan penguatkuasaan sedia ada.

“Kita lihat peraturan tersebut mendapat sambutan positif termasuk masyarakat bukan Islam. Orang Islam sendiri tidak mempersoalkannya.

“Bagi saya, tindakan itu (Husam) lebih kepada kepentingan politik. Boleh jadi dia cuba mengail sokongan daripada orang Cina. Tapi kita lihat orang Cina di Kelantan positif berhubung peraturan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen membuka sekatan ke atas Gaza di Medan Ilmu di sini hari ini.

Sebelum ini, Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor mempersoal arahan kerajaan negeri yang mengenakan peraturan tersebut kepada peniaga bukan Islam sedangkan mereka tidak terlibat dengan solat Maghrib. - UTUSAN ONLINE