Menurut kenyataan Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur, dalam pertemuan itu, Hunt bakal menyatakan sokongan kerajaan UK ke atas agenda pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan.


Beliau turut dijadual akan bertemu Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo serta pengamal media bagi membincangkan usaha mengukuhkan kebebasan media.


Beliau turut dijadual bertemu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohama serta mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli perniagaan.


“Kerajaan UK mengetuai usaha antarabangsa dalam menyokong dan melindungi kebebasan media,” jelas Hunt dalam kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE