Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, keputusan itu dicapai secara kolektif pada 10 Oktober lalu.

Kata beliau, akta tersebut terdiri daripada Kanun Keseksaan (Akta 574), Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Akta Senjata 1960, Akta Penculikan 1961 dan Akta Angkatan Tentera 1972.

Selain itu, Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, Akta Perdagangan Strategik 2010 dan Akta Dadah Berbahaya 1952 antara lapan akta tersebut.

“Susulan daripada keputusan itu, satu memorandum telah diedarkan kepada semua kementerian berkaitan untuk mendapatkan pandangan berkenaan,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) sidang Dewan Rakyat, hari ini

Beliau menjawab soalan Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) yang meminta kerajaan menyatakan pendirian berhubung pemansuhan hukuman mati sama ada akan memberikan pengecualian kepada jenayah kejam.

Pada sesi tersebut, Datuk Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu) turut mengemukakan soalan tambahan yang bertanyakan sama ada hukuman mati dibawah Seksyen 302 iaitu membunuh dengan niat juga dimansuhkan. - UTUSAN ONLINE