Jabatan Meteorologi Malaysia yang mengeluarkan notis amaran cuaca waspada berkata, keadaan itu susulan penumpuan angin timuran dan kedudukan palung monsun yang merentasi selatan Semenanjung.

Kata kenyataan itu lagi, hujan di satu dua tempat seterusnya dijangkakan berlaku di kebanyakan daerah sepanjang tempoh ramalan bermula pada Isnin ini. - UTUSAN ONLINE