Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, eksport Malaysia ke New Zealand pada tahun lepas mencatatkan angka AS$0.73 bilion (RM3.22 bilion), manakala import pula berjumlah AS$0.68 bilion (RM3 bilion).

Kata beliau, bagi pelaburan hadapan, Malaysia mempunyai kehadiran yang kukuh dalam sektor kayu dan hartanah di New Zealand, sementara syarikat negara itu pula menguasai sektor tenusu serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) negara ini.

“Hubungan Malaysia dan New Zealand telah melangkaui import dan eksport barangan serta perkhidmatan merentasi sempadan kepada perkongsian strategik, pelaburan dan pelbagai bentuk kerjasama,” katanya pada forum sempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara Malaysia dan New Zealand di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE