Ainunl Muaiyanah

Namun kini, dengan perkembangan teknologi yang turut mem­beri impak kepada dunia sastera, mampukah HSKU me­ngekalkan prestijnya dan terus menjadi relevan?

pemenang utama kate­gori puisi HSKU 2013 dan 2016, Ainunl Muaiyanah Sulaiman, 31, berkata bagi mengembalikan gah HSKU, acara tahunan itu perlu kembali menjadi pencipta trend untuk sastera tempatan.

Katanya, suatu masa dahulu HSKU pernah menjadi penanda aras trend penulisan di negara ini apabila setiap kali ada pemenang yang memperkenalkan bentuk dan tema baharu, ia akan menjadi ikutan pada tahun seterusnya.

“Namun seperti se­jarah Nokia yang pernah gemilang dan mendominasi, oleh sebab HSKU tidak melentur dengan zaman dan berkembang, kini saya lihat fasa pengun­cupan berlaku,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ainunl Muaiyanah menyenaraikan tiga sebab HSKU sema­kin hilang taring, iaitu ka­walan editorial yang longgar, kar­ya pemenang yang boleh di­ramal formulanya ser­ta pe­nganjuran majlis penyampaian hadiah yang janggal.

Sehubungan itu, ka­tanya, HSKU perlu kembali menjadi pencipta trend dan penanda aras kepada penulisan sastera di Malaysia.

“Keterikatan kepada bentuk tertentu dalam masa yang lama serta enggan berubah untuk menerima sastera bentuk baharu akan menjadikan HSKU tidak relevan dan memalingkan penulis muda daripadanya,” katanya.