Kebakaran yang memusnahkan hampir keseluruhan bangunan hotel itu berlaku kira-kira pukul 3 pagi waktu tempatan dan hanya berjaya dikawal selepas empat jam.

Antara yang cedera termasuk seorang anggota bomba dan dikejarkan ke Hospital Umum Yangon untuk rawatan lanjut.

Sekurang-kurangnya 90 tetamu termasuk pelancong asing dipindahkan ke Hotel Chatrium yang terletak berhampiran. - BERNAMA