Selain menyediakan juadah berasaskan masakan sajian Melayu dan Nyonya, hotel itu turut menawarkan hadiah penginapan dua malam atau baucar makan malam bernilai RM2,000 kepada pengunjung yang datang menikmati bufet di hotel tersebut sepanjang Ramadan ini.

Pengarah Jualan dan Pemasarannya, Agnes Tay berkata, hadiah penginapan yang ditawarkan adalah di Hotel Concorde Shah Alam; Hotel Concorde Kuala Lumpur; Hotel Concorde Singapura, Hotel Hard Rock Cafe Pulau Pinang dan Casa del Rio Melaka.

“Dengan berbekalkan pengalaman chef eksekutif kami iaitu William Teo, beliau menyediakan enam jenis hidangan makanan dalam dulang dalam tiga menu berbeza seminggu.

“Antara hidangan yang istimewa adalah Ikan Tenggiri Gerang Asam Nyonya, Sambal Udang Petai, Daging Goreng Lada Hitam, Ayam Penyet Panggang dan Nyonya Chap Shai pasti memuaskan hati pengunjung,” katanya ketika ditemui pada majlis pengenalan bufet Ramadan di hotel itu di sini malam ini.

Menurut Agnes, harga bufet yang ditawarkan kepada pengunjung sepanjang bulan Ramadan yang bermula pukul 6.30 petang hingga 10 malam itu adalah RM70 bagi pengunjung dewasa dan RM35 untuk kanak-kanak.

Orang ramai yang ingin membuat tempahan boleh menghubungi talian 06-2896881 sepanjang tawaran bufet itu berlangsung sehingga 14 Jun depan. - UTUSAN ONLINE