Pengarah Hospital Selayang, Dr. Sakinah Alwi berkata, pesakit berbangsa India itu telah dihantar ke hospital berkenaan pada 7 Ogos lalu untuk mendapatkan rawatan.

Menurut beliau, namun sehingga kini, tiada seorang pun waris atau kenalan kepada Potharajoo yang hadir untuk menziarahinya.

“Pesakit kini masih lagi diberikan rawatan.

“Orang ramai yang mengenalinya diminta menghubungi ketua jururawat ‘sister on call’ di talian, 03-61263333 atau Unit Perhubungan Awam Hospital Selayang dengan sambungan 3191,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. - UTUSAN ONLINE