Peralatan yang bernilai keseluruhan RM3.8 juta itu akan digunakan di makmal Katheterisasi Jantung hospital itu untuk membuat prosedur bagi mengetahui tahap kesihatan jantung pesakit.

Ketua Pegawai Eksekutif HPAK, Tan Yew Aik berkata, selain mengenal pasti masalah yang berlaku berkaitan jantung sekali gus membuka arteri atau pembuluh darah yang tersumbat melalui satu tiub halus dipanggil kateter (catheter).

“Ramai pesakit yang menghidap masalah jantung tidak tahu apakah rawatan yang sesuai dilakukan terhadap mereka iaitu sama ada perlu mengadakan pembedahan pintasan (bypass), penggantian injap jantung, laser jantung atau pemindahan jantung.

“Untuk itu mesin ini dapat membantu pesakit mengetahui kaedah rawatan yang sesuai dilakukan oleh mereka kerana teknik imbasan 3D yang digunakan dalam sistem ini dapat membantu memberikan keputusan masalah jantung yang dihadapi mereka pada kira-kira 90 peratus tepat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran peralatan tersebut oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri, Low Chee Leong di lobi hospital itu di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Penolong Pengarah Kanan Unit Kawalan amalan Perubatan Swasta (UKAPS), Dr. Ng Joo Bee dan Pakar Perunding Kardiologi HPAK, Dr. Tay Mok Heang. - UTUSAN ONLINE