Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri, Datuk Latipah Omar berkata, kesemua bayi tersebut dilahirkan mulai pukul 7.40 malam tadi manakala bayi ke-11 dilahirkan pukul 7.11 pagi tadi.

“Kerajaan negeri bersama Hospital Melaka mengharapkan semua bayi syurga yang dilahirkan hari ini sihat bersama ibunya dan melahirkan kesyukuran kerana mereka dilahirkan pada malam dan hari Jumaat sempena sambutan Maal Hijrah 1439,” katanya selepas mengadakan lawatan sempena sambutan Bayi Hijrah di Hospital Melaka di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Ghazali Othman dan pendakwah bebas, Datuk Abdul Rahim Abdul Khalik yang turut mentahnik iaitu meletakkan manisan ke dalam mulut semua bayi tersebut. - UTUSAN ONLINE