Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, usaha tersebut juga secara tidak langsung dapat meluaskan kerjasama dan mampu menarik minat negara dunia ketiga.

Katanya, keadaan dunia tanpa sempadan yang disifatkan sebagai ‘perkampungan global’ turut memberi peluang kepada negara lain untuk turut serta dalam misi bantuan yang laksanakan oleh Malaysia.

“Misi bantuan yang kita laksanakan dapat sambutan daripada negara lain kerana hala tuju kita jelas dan ikhlas.

“Jika sebelum ini kita wujudkan hubungan triliteral bagi tugas menangani ancaman keselamatan, mungkin selepas ini kita boleh jalinkan kerjasama triliteral bersama negara lain dalam misi bantuan untuk masyarakat Rohingya nanti,” katanya ketika ditemui semasa mengadakan lawatan ke tapak projek pembangunan Kompleks Wisma Bintara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zulkiple Kassim.UTUSAN ONLINE