Penasihat Puspanita, Tan Sri Ali Hamsa berkata, sumba­ngan itu akan digunakan untuk membeli peralatan dan kelengkapan perubatan yang diperlukan selain kegunaan kelab kebajikan hospital tersebut.

Katanya, daripada jumlah sumbangan itu, sebanyak RM53,000 diperuntukkan untuk membeli portable ventilator, monitor SpO2 dengan lima parameter dan katil kanak-kanak berpagar.

“Justeru, kami harap de­ngan sumbangan ini ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban sekali gus meningkatkan keberkesanan penyampai­an perkhidmatan kesihatan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam program Ziarah Kebajikan Pu­s­panita Negeri Selangor dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir Yang Dipertua Puspanita, Puan Sri Rohani Abdullah; Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Chen Chaw Min; Ketua Setia­usaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Zuki Ali dan Pengarah Hospital Kuala Kubu Bharu, Jasmeet Singh.

Ali yang juga Ketua Setia­usaha Negara menyampaikan sumbangan itu kepada Jasmeet Singh.

Sementara itu dalam majlis berasingan, Puspanita turut menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada penghuni Rumah Ehsan Kuala Kubu Bharu dan beberapa rumah kebajikan di sekitar kawasan ber­ke­naan.