Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri (MTPN), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, hospital yang bernilai RM300 juta itu dibina di atas tapak seluas 40 hektar kini sudah 99.05 peratus.

Beliau berkata, pihaknya berharap baki 0.5 peratus akan siap lebih awal sebelum tarikh yang ditetapkan untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak datang merasmikannya.

"Hospital ini bertaraf antarabangsa lengkap dengan lapan dewan bedah, beberapa klinik pakar, laluan berjoging, padang bola dan auditorium.

"Sebanyak 2,700 penjawatan baharu di hospital ini berbanding hanya 900 di lokasi lama. Hospital ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan daerah ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat hospital tersebut, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab. Rahman dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan, Datuk Yahya Mamat. - UTUSAN ONLINE