Hosiani atau lebih mesra sebagai Keewon yang mewakili daerah Inanam berjaya memikat hati juri dengan menewaskan seramai 45 peserta Unduk Ngadau yang lain sekali gus membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM86,050.

Dia kemudiannya mengenakan mahkota yang disarungkan oleh juara Unduk Ngadau 2017, Kerinah Mah dan turut menerima hadiah yang disampaikan isteri Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau iaitu Datin Seri Dr Jaina Sintian.

Turut mengiringi penganugerahan itu ialah Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Jenifer Lasimbang.

Tempat kedua pula disandang peserta dari Penampang, Sherrylyn Jane Rannytho sekali gus memembawa pulang hadiah bernilai RM22,900.00.

Bagi tempat ketiga pula dimenangi Vanessa Audrey Gilbert yang mewakili daerah Putatan d dengan membawa pulang hadiah berjumlah RM14,500.00. - UTUSAN ONLINE