NUR JAZLAN MOHAMED

Beliau menegaskan, Walt Disney sepatutnya bekerjasama dengan Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan bukan berdegil mengekalkan babak itu tanpa memikirkan sensiti­viti masyarakat negara ini.

“Syarikat Disney tak rugi (jika tidak tayang di negara ini) tetapi mereka menggunakan isu ini seolah-olah menjadi pejuang LGBT. Mereka boleh buat demikian kerana pasaran Malaysia kecil, kalau tak ta­yang, mereka tak rugi banyak.

“Cuba kalau di China, Rusia atau Amerika Syarikat, sudah tentu mereka tunduk de­ngan kehendak budaya negara tersebut tetapi kerana Malaysia ini kecil, mereka seolah-olah mahu menjadi hero,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas hadir dalam sambutan Hari Penjara Ke-227 dan Hari Anti Dadah Kebangsaan 2017 di Penjara Simpang Renggam, dekat sini hari ini yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Sebelum ini, LPF memotong lebih empat minit babak-babak yang dianggap kontroversi daripada filem tersebut termasuk aksi gay.

Susulan penapisan badan tersebut, Walt Disney menangguhkan tayangan Beauty and the Beast yang sepatutnya masuk pawagam mulai hari ini kepada 30 Mac ini.