Pusat 4S, iaitu jualan, servis, alat ganti dan perkhidmatan mengecat tersebut yang didirikan dengan kos RM40 juta itu mampu menampung 36,000 buah kereta setahun.

Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Roslan Abdullah berkata, Johor merupakan penyumbang terbesar jualan bagi wilayah selatan, iaitu sebanyak 70 peratus dengan Honda City model pilihan utama.

“Pada tahun 2016, selain Johor, wilayah selatan terdiri daripada Melaka dan Negeri Sembilan menyumbang sebanyak 20 peratus bagi jumlah jualan keseluruhan Honda Malaysia, iaitu 18,600 buah, penyumbang kedua terbesar kami,” katanya pada majlis perasmian Pusat 4S itu hari ini.

Justeru, tambahnya, pembukaan Pusat 4S terbesar itu yang dilengkapi pelbagai kemudahan adalah tepat pada masanya, sekali gus mampu memenuhi dan menyediakan perkhidmatan pelanggan yang semakin meningkat di wilayah ini. - UTUSAN ONLINE