Filem web bertajuk ‘Home is Calling’ telah dipertontonkan eksklusif kepada pengamal media di negeri ini.

Ia mengisahkan Rentap berasal dari Sarawak yang bekerja di Kuala Lumpur namun disebabkan komitmen kerja dia tidak berkesempatan menyambut Perayaan Gawai.

Bagaimanapun, barangan dari kampungnya tiba-tiba muncul mengingatkan dia kepada kenangan manis menyambut Gawai bersama keluarga.

Menurut Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Petronas, Zahariah Abdul Rahman, filem berkenaan diharap dapat memberi inspirasi kepada orang ramai seterusnya mendatangkan perubahan positif dalam kehidupan.

“Mesej utama dalam filem web itu bahawa tidak kira betapa jauh pergi dan capai dalam kehidupan ini, kita tetap akan pulang ke rumah, tempat asal dan paling penting keluarga.

“Video web ini boleh dilihat melalui Instagram, Youtube dan Facebook Petronas Official manakala versi komersil televisyen bermula 29 Mei hingga 3 Jun nanti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Pratonton Khas Filem Web Perayaan Gawai 2018 di sini semalam.

Maklumat mengenai filem Filem Web Perayaan Gawai 2018 boleh dilayari di https://youtu.be/GcvvZKgUexg , https://www.facebook.com/petronas/videos/10155912908808171/  dan https://www.instagram.com/p/BjMF2AmgijM/--UTUSAN ONLINE