Hishamuddin menerusi akaun Twitter  berkongsi sekeping gambar yang memaparkan beliau serta isterinya, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah  bersama Mohamed Azmin dan isteri, Datin Seri Shamsidar Taharin.

"Semoga @AzminAli cepat sembuh seperti sedia kala," katanya beliau. 

Kiriman tersebut turut dibalas Mohamed Azmin  yang menzahirkan penghargaan atas keprihatinan ditunjukkan Ahli Parlimen Sembrong itu. 

"Kunjungan daripada seorang sahabat lama. Terima kasih Hishamuddin dan Tengku Marsilla Tengku Abdullah yang sudi menziarahi saya petang ini. Hishammuddin memandu sendiri ke rumah saya di Ampang. Rupanya dia ada lesen memandu," ujar beliau. - UTUSAN ONLINE