Beliau yang juga merupakan bekas Naib Presiden UMNO, menunaikan ibadah tersebut bersama keluarga termasuk isterinya, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah sejak 14 Mei lalu.

Gambar bersama Imam Masjidilharam, Syaikh Bandar Abd. Aziz Balilah merupakan antara gambar yang dikongsikan oleh beliau selain gambar bersama jemaah umrah dari Kelantan di dalam Masjidil Haram.

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN bergambar bersama Imam Masjidil Haram, Syaikh Bandar Abd. Aziz Balilah (dua
HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN bergambar bersama Imam Masjidilharam, Syaikh Bandar Abd. Aziz Balilah (dua dari kiri) selepas menunaikan solat tarawih di masjid tersebut. - UTUSAN ONLINE

Sementara itu, menerusi ciapan terbaharunya semalam, Hishammuddin turut berkongsi gambar beliau bertemu Penasihat Utama Putera Mahkota Arab Saudi iaitu Putera Muhammad Badar Fahad al-Saud.

"Alhamdulillah, dapat bersama berjemaah solat tarawih di Masjid An Nabawi dengan HH Prince Muhammad Bin Badar Bin Fahad al-Saud, penasihat utama HRH Putera Mahkota Arab Saudi Mohamad bin Salman.

"Alhamdulillah sehingga kini hubungan persaudaraan Islam kita masih kekal baik, Amin,"  katanya.-UTUSAN ONLINE