Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Hina Tuanku Abdul Halim, 
lelaki ditahan, seorang diburu

KUALA LUMPUR 13 Sept. – Tidak sampai 24 jam diburu, seorang lelaki yang didakwa menghina kemangkatan Sultan Kedah, Almarhum Tuanku Abdul Halim Muad’zam Shah ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Genting Highlands, Pahang malam tadi.

Acryl Sani Abdullah Sani

Pengarah Jabatan Siasatan Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, suspek berusia 21 tahun itu diberkas kira-kira pukul 12.27 tengah malam oleh pasukan daripada JSJK Bukit Aman serta Balai Polis Genting.

Menurut beliau, dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas sebuah telefon bimbit jenama iPhone 7 plus dan komputer riba MSI Gaming Series.

“Suspek telah mendapat pe­rintah reman selama dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan.

“Kita juga sedang mengesan seorang lagi suspek yang didapati memuat naik kenyataan berunsur penghinaan terhadap Almarhum,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Acryl Sani turut mengingatkan orang ramai agar jangan menyalahgunakan laman sosial untuk membuat sebarang komen yang dilihat biadab, kurang ajar atau menghina ter­utama terhadap institusi raja dan pemimpin negara.

Tambahnya lagi, tindakan tidak bermoral itu merupakan satu kesalahan di sisi udang-undang serta mampu mencetuskan ketegangan menggugat ketente­raman negara.

“Jadilah rakyat yang bertanggungjawab dan berfikir sebelum melakukan sesuatu. Nasihat saya berpeganglah kepada prinsip Rukun Negara kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan,” ujarnya.

Kelmarin, seorang pemilik akaun Facebook ‘Hershel Tan’ memuat naik kenyataan menghina kemangkatan Almarhum Tuanku Abdul Halim dalam ruangan komen Facebook, Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut kini telah dipadam setelah tular di Facebook.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain