Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, perbuatan itu tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem raja berpelembagaan.

Sistem itu, titah baginda, meletakkan raja sebagai kuasa tertinggi khususnya dalam hal ehwal agama Islam.

“Sesungguhnya penghinaan sebegini tidak boleh dipandang enteng dan wajar diambil tindakan mengikut undang-undang dalam memastikan martabat institusi raja dihormati oleh semua pihak,” titah baginda pada Istiadat Pembukaan dan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE