Ketua Penerangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) negeri, Azdy Mohd. Arshad berkata, pemilik akaun itu telah memuat naik kenyataan ‘The Malay mind is to fight to kill. No more. This is a pig brain’ yang ditulis dalam ruangan komen sebuah video banjir di negeri ini kelmarin.

“Ini merupakan penghinaan kepada orang Melayu, mana mungkin kita hanya mahu berlawan sampai membunuh, ini tuduhan berat.

“Untuk itu, kita minta pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan ke atas pemilik akaun itu bagi menjadi pengajaran kepada pengguna media sosial lain,”katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di ibu pejabat polis Daerah Timur Laut di sini petang ini.

Bagaimanapun, pemantauan Utusan Malaysia mendapati komen yang ditulis Darren Chuah di halaman Facebook Penang My Hometown itu telah dipadam. -UTUSAN ONLINE