Setiausahanya, Shukri Ishak berkata, Seri Paduka Baginda adalah Canselor UiTM dan sekiranya penghinaan berlaku bermaksud menghina pelajar, pensyarah, kakitangan dan juga alumni sendiri.

"Semenjak pertukaran kerajaan berlaku kita lihat semakin ramai bersuara bukan setakat menghina Yang di-Pertuan Agong tetapi ramai lagi. Oleh demikian, kita menggesa supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit.

"Permohonan maaf tidak lagi boleh diterima dan tindakan perlu diambil. Jangan berkompromi dengan individu yang hanya meminta maaf dan mengatakan tersilap selepas itu dilepaskan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Shukri membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini kira-kira pukul 3 petang.

Yang turut hadir, Naib Presiden PAUiTM, Abang Mohd. Hafizie Abang Bunsu, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM, Muhammad Aznur Syah Azman dan Ahli Jawatankuasa, PAUiTM, Laili Suhairi. - UTUSAN ONLINE