Penasihat Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Ismail Mina Ahmad berkata, bahkan langkah diambil Suhakam juga disifatkan sebagai perkara yang paradoks.

“Jika Suhakam tetap meneruskan himpunan pada hari sama, pada saya mungkin mereka mempunyai niat jahat tertentu yang mahu memecah belah rakyat.

“Memang negara ini mengamalkan demokrasi dan semua pihak bebas untuk berhimpun, tetapi jika himpunan yang dianjurkan Suhakam bercanggah dengan tujuan sebenar dibimbangi menimbulkan huru hara,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Suhakam yang mahu menganjurkan himpunan sama sempena dengan #DaulatHimpunan 812, Sabtu ini. - UTUSAN ONLINE