Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, kebenaran daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah berjaya diselesaikan.

“Insya-Allah, Sabtu ini saya ingin ingatkan semua orang kita akan mengadakan himpunan solidariti kedamaian seperti yang ditetapkan.

“Doakan saya sempat balik pagi itu untuk bersama dalam program itu. Secara umumnya kita ingin membawa mesej solidariti ini kepada rakyat Malaysia dan seluruh dunia,” katanya dalam sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Perhimpunan aman solidariti demi kedamaian dan menolak kebencian itu akan bermula di hadapan pusat beli-belah Sogo pada pukul 7 pagi sebelum peserta berarak ke Dataran Merdeka. - UTUSAN ONLINE