Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, siasatan lanjut dilakukan selepas mendapati pihak penganjur tidak mematuhi prosuder ditetapkan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan  (APA) 2012. 

“Mereka tidak patuhi prosedur, sebab itu kita tidak beri kebenaran. 

“Siasatan masih berlangsung, itu tugas kita untuk siapkan kertas siasatan secepat mungkin. Bukan tanggungjawab mereka, itu tugas polis,” katanya dalam sidang akhar selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Negara dan Naib Pengerusi Perkep di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini hari ini. 

Semalam, portal berita Malaysiakini melaporkan peguam Syahredzan Johan menggesa polis menghentikan siasatan terhadap penganjur himpunan itu. 

Dakwanya, siasatan polis disifatkan sebagai tanpa waran, tidak perlu dan tindakan yang boleh boleh melanggar hak penganjur himpunan itu.

"Laporan media menunjukkan bahawa penganjur sudah memberikan notis 10 hari awal seperti yang dikehendaki polis.

"Tiada sebab untuk polis menyiasat penganjur di bawah APA 2012, kerana ketetapan di bawah Seksyen 9(1) akta itu sudah dipatuhi,” dakwanya. - UTUSAN ONLINE