Mereka terdiri daripada kira-kira selain 17 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Bantahan yang diketuai Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), J. Solomon itu bermula seawal 10.30 pagi.

Demonstrasi bantah gaji minimum
SEBAHAGIAN pekerja sektor swasta yang hadir mengadakan demonstrasi secara aman membantah kenaikkan minumum RM1050 dihadapan Bangunan Parlimen, hari ini. - UTUSAN ONLINE/SAIFUL BAHARI ASHARI

Kumpulan tersebut kemudian berarak ke pintu masuk Parlimen dengan membawa kain rentang dan poster tertera perkataan-perkataan Bantah 1050, Jangan Miskinkan Pekerja, Majikan Kaya dan Pekerja Merana.

Turut serta dalam bantahan tersebut ialah bekas Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan.

Menteri turun berjumpa penunjuk perasaan
MENTERI Sumber Manusia M. Kulasegaran turun berjumpa dengan sebahagian pekerja-pekerja sektor swasta yang hadir mengadakan demonstrasi secara aman membantah kenaikkan minumum RM1050 dihadapan Bangunan Parlimen hari ini. - UTUSAN ONLINE/SAIFUL BAHARI ASHARI

Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran kemudian hadir bertemu wakil kumpulan tersebut sebelum mengajak mereka mengadakan pertemuan secara formal di dalam bangunan Parlimen.

Ketika ini perbincangan antara kedua-dua pihak sedang dijalankan.

Sebelum ini, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan kadar gaji minimum yang seragam di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak iaitu RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam berkuat kuasa 1 Januari 2019. - UTUSAN ONLINE