Memorandum itu dibuat selepas para peminjam mendakwa wujud pelanggaran terhadap prosedur operasi standard (SOP) apabila dana tidak disalurkan walaupun pinjaman sudah diluluskan.

Jurucakap kumpulan usahawan itu, Sazelan Abdul Wahab berkata, mengikut SOP, dana perlu disalur dalam tempoh tidak lebih 21 hari selepas pinjaman diluluskan tetapi perkara tersebut tidak berlaku.

"Selain itu, sebahagian daripada peminjam sudah pun menjelaskan bayaran takaful secara tunai dari bulan September tahun lalu lagi tetapi tetap tidak mendapat dana sebagaimana sepatutnya," katanya, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE