Mufti negeri, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, ini kerana aktiviti seni mampu mendorong ke arah ketinggian sebagaimana ia juga mampu mengheret ke jurang kehancuran.

WAN SALIM
WAN SALIM 

“Sesungguhnya dunia seni amat luas dan indah. Kenapa harus disempitkan dalam batas sek­sual sahaja,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai teater Love in Georgetown City yang dipentaskan di Pentas 2 Penangpac, Straits Quay di Tanjung Tokong di sini yang mendapat bantahan pelbagai pihak.

Wan Salim berkata, cinta yang menjurus kepada kebebasan melulu tidak perlu ditonjolkan dalam aktiviti seni.

“Sebaliknya perlu ditampilkan cinta dalam pengertiannya yang luas mencakupi cinta Ilahi, cinta alam sekeliling, cinta ibu bapa, cinta kepada negara dan cinta kepada sesama manusia seluruhnya,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, polis mendapati tiada persembahan berbentuk lucah berlaku dalam pementasan teater Love in Georgetown City.

CHE ZAIMANI
CHE ZAIMANI 

“Walaupun begitu jika terdapat adegan lucah dipersembahkan, pihak polis boleh menghentikan terus persembahan tersebut.

“Mereka juga dinasihatkan agar tidak meneruskan persembahan atas kesilapan iklan dan kekeliruan yang timbul, namun ia bergantung kepada pihak pelesenan sama ada untuk menerus atau menghentikan persembahan yang dijadualkan,” katanya.