Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Hiburan berkonsepkan Islam perlu diketengahkan

Hiburan berkonsepkan Islam perlu diketengahkan
ASYRAF WAJDI

PASIR PUTEH 24 Mac - Hiburan yang berkonsepkan Islam perlu diketengahkan terutama membabitkan masyarakat luar bandar, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wadji Dusuki.

Beliau berkata, ia penting bagi melahirkan insan yang berbudi pekerti, berakhlak dan berbudi serta mewujudkan perasaan kasih sayang dan saling membantu sesama Islam.

"Program berteraskan Islam ini perlu diberi keutamaan kepada generasi muda agar mereka tidak terbabit dengan budaya negatif seperti melakukan jenayah dan penyalahgunaan dadah yang merosakkan masa depan mereka.

"Islam perlu ditampilkan sebagai model contoh agar masyarakat bukan Islam terus menghormati kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival iNelayan Tok Bali di sini, malam tadi.

Karnival dua hari itu dianjurkan dengan kerjasama 24 agensi kerajaan persekutuan dan negeri berkaitan Islam, antaranya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Tabung Haji (TH).

Antara program yang diadakan ialah Himpunan Dakwah Belia Kelantan, perlawanan futsal, pameran dan jualan sukan sunnah, Dapur Halal dan Forum Perdana Ehwal Islam. - BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain