Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri , Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri, Dr. Afif Bahardin berkata, jumlah itu membabitkan empat murid yang dirawat di Hospital Pulau Pinang .

Katanya, dua lagi mangsa masing - masing dirawat di Hospital Seberang Jaya dan Hospital Bukit Mertajam.

“ Jumlah kes yang dicatatkan ketika ini ialah sebanyak 1,783 berbanding 1,691 pada hari sebelumnya,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, berdasarkan statistik terbaharu kes HFMD di negeri ini, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 69.5 peratus berbanding tahun sebelumnya. - UTUSAN ONLINE